6 Sebab Wanita Islam Dilarang Dan Diharamkan Pakai LEGGING...~
Asal usul legging nie sebenarnya dari 14th century lagi dimana waktu tu lelaki yang memakainya.Tapi sekarang dah terbalik dan yang paling tak syok nya bila ramai di antara anda wanita di luar sana beragama Islam tetapi memakai SELUAR KETAT dan LEGGING di khalayak ramai dan menjadi tontonan lelaki-lelaki bukan suami.
Ramai wanita Islam menyangka "BOLEH ! APA SALAHNYA PAKAI LEGGING ", asalkan pakai baju labuh. Hakikatnya, wanita Islam tetap tidak boleh memakai seluar yang berkain nipis dan ketat (LEGGING). Seluar jeans ketat pun sudah dipersetujui HARAM oleh para alim agama, apatah lagi LEGGING yang sudah jelas-jelas mengikut bentuk betis, peha dan punggung mereka.
Sebab-sebab HARAM pakai legging adalah:
1. Berpakaian tetapi telanjang.
sabda Rasulullah s.a.w. :
"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)
Kononnya sudah bertudung, memakai baju, kain dan seluar apabila keluar, tetapi masih ditafsirkan sebagai 'telanjang' ?. Kerana, baju, kain dan seluar yang dipakai wanita itu tidak benar-benar dan tidak sungguh-sungguh melindungi dan menutupi bahagian-bahagian aurat badannya.
a) Warna fabrik kain atau seluar sama warna dengan kulit.
b) Fabrik kain terlalu nipis.
c) Fabrik terlalu lembut dan apabila lembut ia menampakkan alur bentuk badan wanita itu.
d) Tidak longgar (ketat) maka ia mengikut potongan badan seperti betis, peha, punggung, alur vagina, bentuk buah dada dan pinggang.
Wanita-wanita ini berjalan ke sana ke mari hanya berpakaian secara fizikal, tetapi lelaki-lelaki yang memandang mereka dengan 'senang dan segera' dapat membogelkan mereka dengan pandangan mata.
2. VPL (Visible panty line)
Merujuk kepada wikipedia, VPL adalah "A visible panty line is the situation when the outline of a person's underwear is visible through the clothing. The underpants may be seen as a ridge or depression in the clothes, or as a result of the clothing material being sufficiently transparent." Senang cerita, seluar ketat dan legging boleh menampakkan bentuk bontot dan bayangan seluar dalam wanita dari pandangan luar.
Many cultures disapprove of the display of underwear, and a visible panty line is generally considered undesirable and embarrassing. Banyak budaya (terutama sekali Islam) menyatakan dengan tegas bahawa seluar ketat (LEGGING) ini menyakitkan mata lelaki (maksiat mata) dan menjatuhkan maruah wanita.
At the same time, a visible panty line is at times deliberately created for its erotic impact.
Oleh kerana Legging itu sangat ketat, ditambah pula dengan berkilat ia akan menyebabkan wanita yang memakai itu menonjolkan imej seksi dan erotik serta menimbulkan rasa stim ke atas lelaki-lelaki yang memandang.
3. Nampak bentuk punggung dan alur vagina.
Bukan lucah atau kasar, tetapi itulah kesannya memakai legging di tempat terbuka. Memang bodoh wanita Islam yang sudah tahu dirinya mempunyai betis yang mampat, peha yang gebu dan bontot yang agak besar TETAPI berani memakai legging ketat bersama baju kontot atau pendek di hadapan lelaki-lelaki bukan suami.
Amat mudah para lelaki untuk meng X-ray apa yang terselindung di sebalik legging itu. Kemudian, bermain-mainlah idea-idea kotor dan fantasi cabul, rogol di dalam minda lelaki-lelaki itu.Fikiran lelaki tak sama dengan wanita,lelaki ada 1 nafsu dan 9 akal,wanita ada 9 nafsu dan 1 akal,most of the time apa yang difikirkan lelaki adalah wanita.
4. Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan pakaian seksi.
Pakai tudung ? Bagus ! Itu menepati kehendak Islam. Tetapi kenapa anda (wanita) memakai bersama seluar ketat dan legging pula...?? Itu namanya mencampur adukkan yang HALAL dengan yang HARAM. Air dan minyak tidak boleh bercampur.
Tudung + Baju labuh dan longgar + Seluar longgar = HALAL
Tudung + Baju sendat dan kontot + Seluar ketat dan legging = HALAM...??
Tudung + Baju labuh + Legging = HALAM...??
Walaupun LEGGING dipakai bersama tudung dan baju paras lutut sekalipun, ia tetap tidak sesuai dari segi peraturan pemakaian Islam kerana bahagian betis wanita masih nampak 'ketat'. Maka ia juga menampakkan bentuk aurat wanita.
Sesetengah wanita menganggap pemakaian Islam ini kolot, tetapi sebenarnya tujuannya adalah untuk melindungi maruah wanita Islam dari pandangan seksual kotor si lelaki. Ini adalah kerana hampir keseluruhan bahagian tubuh wanita termasuklah kaki, betis, peha, punggung, kemaluan, dada, leher dan malah wajah wanita sangat mudah mencetuskan nafsu seksual lelaki. Seterusnya ini boleh mengundang imaginasi kotor dan persepsi jahat si lelaki terhadap wanita Islam itu.
Oleh itu, jika mahu menutup aurat dan berimej wanita sopan, biarlah bersungguh-sungguh. Baru mendapat pahala.
5. Legging Itu Pakaian Berunsur Fetish Seksual
Sexual fetishism, or erotic fetishism, is the sexual arousal a person receives from a physical object. Fetish seksual adalah rasa teruja dan terangsang nafsu seks apabila menyentuh atau melihat bahagian atau aksesori wanita yang tertentu contohnya LEGGING dan SPANDEX.
Jika dicari terma SPANDEX dan LEGGING di internet, banyak yang menghubungkaitkannya sebagai pakaian perangang nafsu seks lelaki. Dengan kata mudah, LEGGING sering dimanipulasikan di dalam gambar-gambar lucah wanita.
Secara agak kasar, pantyhose, tights, spandex dan legging adalah pakaian yang dikategorikan fetish yang mampu menyebabkan para lelaki merasa ghairah dan terkesima lagi teruja.Sebab honestly dari kajian mengatakan yang lelaki ni lebih suka kalau pasangan diorang pakai yang ketat-ketat dari berbogel terus,kalau berbogel,rasa macam,ala biasa nyer,tapi kalau di trigger dengan lingerie ke,bikini ke,apa-apa yang hampir menampakkan susuk tubuh wanita itu,secara automatic lelaki akan jadi lebih berminat dan bernafsu,lelaki memang pervert.Tq.
Bayangkanlah anda seorang wanita Islam ditambah pula sudah berkahwin, berjalan ke sana ke mari di tempat awam memakai legging ketat dan kemudian disaksikan dan direnung oleh mata lelaki-lelaki yang gila perempuan.Jangan kata lelaki yang gilakan perempuan,semua lelaki yang normal pasti akan tertarik untuk nak tengok.
Anda sengaja mencari nahas.
6. Pemujaan Kecantikan Wajah Dan Bentuk Badan Hanya Untuk SUAMI Sahaja.
Berhias untuk suami. Bermake-up cantik suami. Pakai baju tidur seksi untuksuami. Pakai mini skirt untuk suami. Pakai seluar ketat untuk suami di ranjang. Pakai legging ketat nampak bentuk peha dan bontot untuk suami. Pakai baju jarang untuk suami. Pakai seluar jeans ketat untuk menggoda nafsu seks suami. Semuanya khas dan istimewa untuk merangsang nafsu seks suami bukan lelaki-lelaki di tempat awam atau di tempat kerja.
Tetapi apa anda golongan wanita buat..???
p/s/s: Kalau nak berlegging di rumah dengan suami,silakan,tak pakai apa pun takpa,pahala tu. As/kum..Piqah hanya letak benda nie sbb benda nie btol..klu x btol Piqah x letak..okay..?? So Piqah mintak maaf bebanyak kpd sesiapa yg terasa..I'm So Sorry.. Piqah x bermaksud nk sakitkan aty korang..:)...Piqah pown dlu x pakai tudung..tpi lps 2 Piqah try pkai tudung n mula suka pkai tudung..kan3..korang cuba try..mesty lpas 2 korang akn pkai Purdah tros..ahhahaha..!! just kidding..Piqah pown mna pkai Purdah..<3..ok lah Bye..semoga perkara ini dpt di jadikan teladan..<3 korang...
Wanita Islam..~
Manisnya Hidup Menjadi Wanita Islam - Presentation Transcript- MANISNYA MENJADI WANITA ISLAM Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992ISLAM ITU INDAH
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh
- Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat
- 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
- Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya
- Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
- Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
- Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
- Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat....
- ....dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut
- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
- Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
- Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya
- Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah
- Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka
- Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari
- Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari
- Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji
- Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
- Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat
- Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
- Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
- Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak
- Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga
- Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepadawanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah
- Wassalam ﻪﻟﻟﺍﻻﺍﻪﻟﺍﻻ ﻪﻟﻟﺍﻝﻮﺴﺮﺪﻤﺤﻤ Debat Agama: Islam vs. Kristian
Wanita Neraka..~
bismillahhirahmannirrahiim..
Telah disebutkan dalam AlQuran bahwa jumlah kaum wanita di dalam neraka
lebih banyak daripada kaum lelaki.
Naudzubillahhimindzalik..
semoga kita para muslimah tidak termasuk salah satu diantaranya,
oleh sebab itu kiranya inilah yang bisa dijadikan suatu blokade agar
kita tidak sampai tergelincir.. (ayo bareng2 instropeksi..yuuu…)
(Sumber : Khaththab,2006)
Ciri-ciri wanita ahli neraka diantaranya, yaitu:
Rasulullah SAW bersabda:
“Ada dua golongan ahli neraka yg aku belum melihat sebelumnya. Yang pertama adalah lelaki pelaku kemaksiatan selama hidupnya, dan wanita-wanita yang memakai pakaian terbuka yg tubuhnya berlenggak-lenggok dan kepalanya seperti punuk unta. Semuanya tidak masuk surga dan tidak akan mencium baunya”
Peringatan untuk wanita yang membuka auratnya, menutupnya namun masih terlihat jelas lekukannya, yang semua tingkah perilakunya ingin menarik perhatian lelaki.. Bagaimana mereka bisa masuk surga bila mencium baunya saja tidak akan pernah??Naudzubillah Ya Rabb,,,,
Agama Islam adalah agama bersih yang menyukai keindahan,wangi-wangian dan membenci bau-bauan yang tidak sedap. Namun yang berlebihan adalah tidak baik, dimana kebanyakan dari kita memakai wangi-wangian agar kita ‘dilirik’ dan makin ‘laku’ di antara para lelaki.untuk apa sih??? APA yang kau cari?? jika begitu kita tidak ada bedanya dong dengan wanita penghibur yang ingin diperhatikan semua laki2 agar bayarannya makin mahal? niatkanlah memakai wangi-wangian secukupnya untuk mengusir bau badan, dan untuk memberikan rasa nyaman pada diri kita.
Para wanita-wanita yang berlebih-lebihan dalam memakai pakaian (alias dandan dan bergaya) diumpamakan seperti buah yang sudah masak dari pohonnya kemudian dihinggapi seekor lalat dan menggerogotinya. Maka wanita yang baik adalah yang menjaga kehormatan dirinya,menutup auratnya, sehingga ia nampak anggun dan terpuji di hadapan Allah SWT.
ALLAH berfirman :
” Dan hendaklah mereka menutupi kain kudung ke dadanya” (An Nur:31)
Allah telah menciptakan manusia ke dalam 2 jenis yang BERBEDA, yaitu laki-laki dan wanita.Telah ditetapkan pula kelebihan dan kekurangan dari masing-masing jenis.Maka tidaklah pantas jika para laki-laki meniru wanita, dan wanita meniru lelaki.
Rasulullah SAW bersabda:
“Allah akan melaknati para lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai
laki-laki”
Hey ibu-ibu, se tangguh apapun kita ini adalah ibu-ibu, yang berkewajiban melahirkan dan membesarkan anak-anak kita dengan penuh kelembutan. Ingatlah selalu kepada fitrah kita sebagai wanita =)
Bismillah,,,smoga kita dijauhkan dari ciri2 di atas…
aamiiin
Ciri-Ciri Wanita Solehah..~
1. Mencintai Allah dan Rasul
Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.
Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31
2. Mentaati Ibu Bapa
Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.
3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf
Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
4. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.
Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halal bagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.
5. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
6. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.
7. Menjaga batas pergaulan
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.
8. Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”. -Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.
OLD / NEW